Selamat Datang Ke riduan2009.blogspot.com Pendidikan

Pendidikan

Matematik Untuk Kanak-kanak Istimewa. (TMP 6093)

Powered By Blogger

Anak Istimewa Sebagai Realiti



Anak Istimewa Sebagai Realiti.

Sebaik-baiknya anda menerima hakikat hidup ini telah disediakan untuk anda. Anda tidak perlu membandingkan hidup ini dengan orang lain. Setiap keluarga mempunyai masalah yang berbeza. Setiap manusia di atas dunia ini diberikan ujian oleh Tuhan. Setengah keluarga yamg mempunyai anak yang bijak, akhirnya terjebak dengan dadah manakala keluarga yang mempunyai anak berpangkat besar tetapi akhirnya tidak mempedulikan ibubapa dan menghantarnya ke rumah orang-orang tua. Tiada sesiapa di dunia ini sempurna. Setiap manusia mempunyai wajah yang berlainan. Dunia ini menjadi dunia yang menjemukan sekiranya semua manusia dilahirkan sama. Dunia tidak akan menarik sekiranya dipenuhi dengan hanya satu warna.Bagi murid yang berdepan dengan masalah bahasa dikenali sebagai disleksia manakala murid yang bermasalah dalam matematik dipanggil diskalkulia. Mengatasi masalah ini ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling memainkan peranan penting supaya mereka merasa dihargai dan dapat meneruskan hidup seperti orang biasa. Di dalam usaha guru menbantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, kaedah pendidikan pemulihan, bahan pengajaran, strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi haruslah digunakan.

Kanak-kanak lembam



Pelajar yang tidak boleh mengikuti pelajaran dikelas, terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah dan pelajar ini selalunya selalu ketinggalan dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Pelajar ini adalah mereka yang mempunyai masalah neurological hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain. Justeru, mereka tidak mempunyaimkebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuat kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Pelajar ini dapat dikesan melalui dua petunjuk iaitu walaupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap perkembangan menyerupai kanak-kanak yang lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya permulaaan belajar abjad, membilang dan menulis namanya sendiri. Pelajar ini gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vakasioanal.Contohnya kemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding pembacaan biasa. Maksudnya, pelajar kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik berbanding pengiraaan matematik.

Ciri-ciri Kanak-kanak Lembam

 Pencapaian pelajaran dan akademik berbeza dengan pelajar lain
 Pelajar seorang yang pendiam, tidak aktif dan tidak banyak bercakap dengan kawan sekelas.
 Pelajar ini sukar menerima arahan yang diberikan oleh guru sama ada tugasan individu atau kumpulan.
 Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa.
 Tulisan yang sukar dibaca .
 Huruf atau nombor terbalik. Contoh nombor 5 akan di tulis terbalik

Punca:
-Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir
- Ubat semasa mengandung
- Kemalangan
- Sosio - ekonomi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

- Temubual
- Merujuk kepada pegawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai& menyeronokkan
- Senang ke susah
- Konkrit ke abstrak
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera
- Banyakan pengukuhan dan latihtubi
- Jauhkan dendaan yang negatif

PELAJAR ISTIMEWA


Setiap kanak-kanak yang lahir mewarisi kecerdasan yang membolehkannya belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kecerdasan yang diwarisi ini beserta dengan pancaindera yang sempurna, dapat meneroka alam sekitar dengan lebih baik. Guru memainkan peranan penting untuk merancang, mengawal, mengelola dan mengarah. Semua kanak-kanak adalah istimewa. Namun, anak istimewa ini adalah lebih unik daripada kanak-kanak lain kerana mereka memerlukan pendekatan yang spesifik. Kehadiran kanak-kanak istimewa ini memerlukan kekuatan dan ketabahan untuk menerima kehadirannya, menyayangi dan mendidiknya. Sebagai ibubapa anak istimewa, anda berbeza dengan ibu bapa lain kerana anda lebih kuat, lebih sabar dan lebih baik dalam menyayangi anak-anak istimewa anugerah tuhan. Bukan semua manusia berani dan cekal hati untuk menghadapi karenah anak istimewa. Inspirasi dan semangat membantu anda menjadi manusia yang lebih kuat. Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan simpati lebih daripada arahan.

Memiliki anak istimewa mewujudkan satu dimensi yang tidak dirancang oleh kita. Reaksi pertama adalah cara anda menerima hakikat itu.
“Ini tidak patut berlaku pada diri kami, anak kami dan keluarga kami.”
Itulah yang sering diucapkan kerana gagal menerima kenyataan. Bagi memuaskan hati ibubapa, tindakan berjumpa pakar berkaitan dan mengesahkannya dan maklumat yang diberikan seolah-olah sebagai hukuman. Perasaan takut sering bermain di fikiran. Manusia sering takut pada sesuatu yang sudah jelas. Kanak-kanak istimewa ialah kanak-kanak luar biasa dari segi intelek, jasmani, social atau emosi. Malahan satu program pendidikan dirancangkan khas untuk kanak-kanak ini supaya mereka boleh bersaing dan berjaya seperti kanak-kanak lain. (Chua Tee tee). Kanak-kanak istimewa yang difokuskan dalam kursus ini adalah terdiri daripada kanak-kanak pemulihan khas. Sihat dari segi fizikal dan dikategorikan seperti kanak-kanak lembam, hiperaktif, disleksia dan diskalkulia. Mengatasi masalah ini, program pendidikan khas telah diperkenalkan seperti pendidikan inklusif, rancangan pendidikan individu dan program pendidikan pemulihan.
Sekiranya seseorang pelajar tidak dapat belajar dengan cara anda mengajar,maka anda mengajar dengan cara dia belajar. (Harry Chasty)

dyslexia software

Hiperaktif


Hiperaktif
http://www.scribd.com/doc/21251028/Membimbing-Anak-Hiperaktif


Ulasan Hiperaktif

Hiperaktif adalah suatu pola perilaku pada seseorang yang menunjukkan sikap yang tidak boleh duduk diam dan memberi perhatian. Guru yang mengajar kanak-kanak harus mempunyai jiwa yang sabar, tidak mudah mengalah, dan sentiasa ceria bersama kanak-kanak ini. Guru haruslah selalu berinteraksi dengan pelajar ini supaya mereka ini dihargai dan disayangi. Pengaruh lingkungan bagi anak hiperaktif ini kurang disukai oleh lingkungan khususnya bagi teman-teman sebayanya. Ini adalah disebabkan di dalam diri anak itu ada jiwa ingin menguasai atau menjadi pemimpin di antara teman-temannya yang lain.

Anak hiperaktif dituntut untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan pergaulan. Perhatian diperlukan khususnya dari ibubapa mahupun guru kelas sendiri untuk mengatasinya. Dunia kehidupan anak itu penuh dengan sukacita, maka kegiatan bercerita haruslah diusahakan supaya dapat memberi perasaan gembira, lucu dan mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu guru supaya murid dapat menyesuaikan diri bersama keluarga, kawan-kawan, guru dan juga masyarakat. Faktor-faktor yang menyebabkan anak menjadi hiperaktif adalah pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan. Pandangan yang diutarakan oleh ahli sosiologi, psikologi berpendapat bahawa kanak-kanak hiperaktif perlu bimbingan atau sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Ibu bapa harus sabar menghadapi dugaan ini dalam membimbing anak, walaupun pekerjaan ini harus dilakukan berulang-ulang.

Autisme


http://eemshopcare.tripod.com/autisme.html



Ulasan Autisme

Autisme ialah satu gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi dan tingkah laku yang luar biasa. Ia juga satu kekurangan seumur hidup yang mana komunikasi penghidapnya terbantut dan mereka tidak dapat berhubung secara langsung. Individu Autisme boleh mendengar dan melihat tetapi mereka seolah-olah hidup di dalam dunia mereka sendiri. Diantara simptom-simpton yang boleh kita lihat ialah tingkah laku aktif, tidak menerima pelajaran seperti biasa, tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal dan lain-lain.

Menurut kajian, kadar kejadian autisme adalah 5 : 10,000 orang dan lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki berbanding dengan perempuan sebanyak 4 kali ganda. Penyakit ini wujud di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, kaum, taraf sosial serta ekonomi. Agak menarik kerana individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas dan tahapnya tidak sama seperti masalah rencatan mental yang lain. Kira-kira 1/3 daripada mereka mempunyai kemahiran yang tertentu. Walaupun menghadapi masalah bertutur, ada di kalangan mereka mempunyai kemahiran yang menakjubkan dalam bidang mengira, melukis, muzik dan menyelesaikan jigsaw puzzle dengan pantas.


Diskalkulia




http://chiangway.blogspot.com/2008/10/penilaian-dan-ringkasan-jurnal.html




Ulasan Artikel Diskalkulia

Menurut kajian populasi di Amerika Syarikat, Jerman, India dan Israel, kadar berlaku diskalkulia adalah pada lingkungan 5-6% bagi kanak-kanak dalam alam persekolahan. Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran dalam mengenal nombor dan symbol-symbol dalam matematik, membezakan nilai nombor yang besar dan kecil, m engira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun, membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair mengira wang atau melihat masa, membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang dan menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik serta lemah dalam pengiraan spontan.

Punca-punca berlakunya diskalkulia termasuklah wujud sejak lahir, pendedahan awal matematik yang terdesak dan kecerdasan pada sesuatu bahagian otak yang spesifik. Bagi membantu murid-murid ini guru perlu menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan teknik.



Disleksia



http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%20

Ulasan Jurnal Disleksia


Kajian ini bertujuan mengenalpasti peratusan sampel yang berisiko mempunyai simpton disleksia. Peratusan berdasarkan gender dan proses melalui kaedah Terjemahan Brislin dan membentuk set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD). Set ujian melibatkan menguji ingatan memori, pengetahuan, kemahiran motor, deria persepsi, dan keseimbangan tubuh. Melibatkan 40 orang sampel, dua buah pra sekolah yang berlainan di Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan 27.5%(11 orang) menunjukkan simpton berisiko disleksia. Hanya 15% (6 orang) menunjukkan sangat berisiko mempunyai simpton disleksia. Bilangan kanak-kanak lelaki lebih ramai berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan keperluan pengesanan simpton disleksia di peringkat prasekolah. Pendedahan kepada para guru dalam perancang cara menangani kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak ini hendaklah dilaksanakan dengan segera.

Dyspraxia

http://en.wikipedia.org/wiki/Dyspraxia

Ulasan

Yayasan Dyspraxia mendefinisikan pembentukan dyspraxia sebagai minda atau badan seseorang telah rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik. Dyspraxia juga mempengaruhi perancangan tentang apa hendak dibuat dan bagaimana untuk melaksana. Dyspraxia adalah berkaitan dengan masalah persepsi, bahasa, dan pemikiran. Dengan kata lain dyspraxia adalah gangguan neurologikal yang menyebabkan gangguan kepada pergerakan dan kordinasi yang dikenali sebagai "motor learning disabilities".

Dysgraphia



http://www.as.wvu.edu/~scidis/dysgraphia.html

Ulasan

Merupakan masalah melibatkan neurologikal yang dikategorikan sebagai masalah dalam penulisan. Situasi ini dapat dikesan pada peringkat awal kanak-kanak dalam penulisan mereka. Kanak-kanak ini silap menulis, saiz huruf yang tidak sesuai atau salah ejaan. Di antara simpton-simpton kanak-kanak ini adalah pelajar yang dapat mempamerkan percakapan tetapi kurang dalam penulisan. Kanak-kanak ini juga didapati bercakap sendiri ketika menulis atau berhati-hati memerhati tangan ketika menulis. Kanak-kanak ini juga lambat atau merlukan masa yang lama untuk menyalin atau menulis walaupun ia kemas dan senang membaca. Keprihatinan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeling turut memainkan peranan penting dalam menghadapi masalah ini.

Pembentangan Kumpulan 1

LO 1
Kanak-kanak Istimewa


http://docs.google.com/present/view?id=0Aflru4eI7p2dZGN4a2RzOW5fNjJoZnhkNDlkaw&hl=en

Ulasan.
Tidak semua kanak-kanak bernasib baik untuk menguasai pembelajaran kerana terdapat golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Kanak-kanak istimewa bolah dikategorikan kurang upaya, pelajar pintar cerdas, pelajar berisiko dan pelajar bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku. Untuk mengenalpasti kanak-kanak istimewa ini melalaui ciri-ciri tertentu. Di negara kita, pelbagai langkah, program dan halatuju diambil untuk kanak-kanak istimewa di Malaysia.

Pembentangan Kumpulan 2

LO 2
Explore The Impact Of Disabilities On
The Children Their Families,
On Their Future

https://docs.google.com/present/view?id=0AWOfP5c4-CUhZGZ4bmM4ZnFfMmRwejlubXZ2&hl=en

Ulasan

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri daripada autisme, dyslexia, hiperaktif, dysgraphia, dysparaxia dan dyscalculia. Di antara punca kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah disebabkan baka, pengambil ubat dan kekurangan oksigen. Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa haruslah sentiasa sabar kerana memberi kesan yang harus diterima dengan penuh redha.

Pembentangan Kumpulan 3

LO 3
Arahan-arahan (pengajaran) Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas


http://docs.google.com/present/view?id=0Aflru4eI7p2dZGN4a2RzOW5fMTNnc2J0YzVjMw&hl=en

Ulasan

Kanak-kanak berkeperluan khas yang menghadapi masalah pengiraan matematik dan menyelesaikan masalah dapat dikenalpasti dalam tempoh setahun atau dua tahun semasa aktiviti pembelajaran berjalan. Kaedah pembelajaran tradisional memberi kesan kepada kanak-kanak istimewa ini kerana golongan ini akan hanya diajar setakat mana yang mereka boleh. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran memerlukan satu sistem pengajaran dan arahan yang khusus mengikut permasalahan yang dihadapi. Kajian telah dibuat dan terbukti bahawa kanak-kanak ini boleh meningkatkan matematik mereka melalui arahan-arahan khas dan kaedah pembelajaran yang bermakna.

Pembentangan Kumpulan 4

LO 4
D
esign Appropriate Intervension Programmes To
Remediate Children's
Mathematical Errors

http://docs.google.com/present/view?id=dfxnc8fq_164gbv7jdw

Ulasan

Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak telah diatasi dengan wujudnya Pendidikan Pemulihan Khas di sekolah rendah. Program guru pendamping, Intervensi 3M dan Multiple Intelligence dan Pusat perkembangan Kurikulum telah diperkenalkan bertujuan supaya murid-murid menguasai kemahiran asas KBSR iaitu membaca, menulis dan mengira.

Pembentangan Kumpulan 5

LO 5
Analyze New Development In Teaching Mathematics To

Dyslexic And Dyscalculia Pupils


http://docs.google.com/present/view?id=0Aflru4eI7p2dZGN4a2RzOW5fNDZxaHFtbWJjcw&hl=en

LO 6
Peranan Komuniti Dalam Memupuk Kesedaran Terhadap

Kanak-kanak Berkeperluan Khas

http://docs.google.com/present/view?id=dfxnc8fq_110fr7484j7&revision=_latest&start=0&theme=blank&cwj=true

Ulasan

Peranan guru, ibu bapa, kerajaan dan pihak lain diharap dapat melibatkan diridan memupuk kesedaran terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Peranan yang akan dimainkan oleh guru ketika murid-muridnya berada di sekolah dan di rumah ibu bapa perlu mengambil alih seperti menyediakan persekitaran yang kukuh dan penuh kasih sayang dan menguruskan jadual harian anaknya supaya teratur. Hubungan dengan rakan sebaya dan masyarakat juga turut mempengaruhi kanak-kanak istimewa.

Penulisan Ilmiah Kumpulan 3

Arahan-arahan (Pengajaran) Untuk Kanak-kanak
Berkeperluan Khas

1 Pengenalan

Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran mempunyai kesukaran dalam membuat pengiraan matematik dan menyelesaikan masalah (Ackerman, Anhalt & Dykman, 1986). Kebanyakkan kanak-kanak ini akan ketinggalan dalam aktiviti pembelajaran mereka. Masalah ini dapat dikenalpasti dalam tempoh setahun atau dua tahun semasa aktiviti pembelajaran berjalan. Mereka akan mula menunjukkan progres yang mendatar dalam pembelajaran mereka (Cawley & Miller, 1989).

Kaedah pembelajaran tradisional yang berkonsepkan kaedah mengingat fakta dan kaedah pengiraan lama menambahkan lagi masalah kepada kanak-kanak istimewa ini (Mastropieri, Scruggs & Shiah, 1991). Maka, golongan ini akan hanya diajar setakat yang mereka boleh. Keadaan ini menyebabkan mereka akan ketinggalan dalam segala aspek.

Mengajar adalah suatu sistem penyampaian isi kandungan yang bertujuan untuk mahir dalam sesuatu bidang yang dikehendaki. Manakala arahan ditafsirkan sebagai menyampaikan pengetahuan secara sistematik. (Algozzine & Ysseldyke , 2006) Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran memerlukan satu sistem pengajaran dan arahan yang khusus mengikut permasalahan yang dihadapinya. Kajian telah dibuat dan terbukti bahawa kanak-kanak ini boleh meningkatkan pencapaian matemarik mereka melalui arahan-arahan khas dan kaedah pembelajaran yang bermakna (Mastropieri, Scruggs & Shiah, 1991).

1.1 Memahami proses penyimpanan maklumat dalam memori
Sebelum membuat pemilihan arahan yang sesuai untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran, pemahaman tentang cara penerimaan maklumat oleh minda perlu difahami. Melalui model memori yang dibuat oleh Swanson (1987), proses penerimaan, transformasi, penyimpanan dan perolehan semula maklumat dapat difahami.

Pemerolehan maklumat akan dibuat melalui deria sensori. Maklumat tersebut akan dihantar ke dalam daftar sensori yaang disimpan dalm tempoh satu saat sahaja. Maklumat tersebut adalah dalam bentuk visual dan audio.

Setelah maklumat diterima, ia akan disimpan ke dalam memori jangka pendek di mana ia dapat menyimpan tujuh bentuk maklumat dalam satu masa. Jika maklumat tersebut digunakan dengan bermakna, maklumat tersebut akan disimpan dalam memori jangka panjang atau pun jika ia diperoleh melalui strategi yang betul, ia dapat di simpan di dalam memori jangka pendek. Jika perolehan maklumat yang dibuat pada awalnya tidak menggunakan strategi atau pendekatan yang bermakna, maka ia akan hilang dari ingatan dalam tempoh 15 saat. Pada fasa ini, kita dapat memahami kepentingan menggunakan strategi dan arahan yang khas dalam membantu kanak – kanak bermasalah pembelajaran dan aktiviti pembelajaran mereka.

Tedapat lima komponen utama yang memberi kesan terhadap pemprosesan maklumat iaitu visual, auditori, motor, memori dan tumpuan (Bley & Thorton, 1995).
1.2 Pemilihan strategi dan arahan khas
Algozzine dan Ysseldyke telah mengemukakan ciri-ciri arahan yang efektif dalam memilih strategi pengajaran kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran.

a. Merancang arahan
Dalam fasa ini, guru perlu menentukan objektif yang ingin dicapai dalam aktiviti pengajarannya. Objektif yang ditentukan perlulah mudah dan dapat dicapai. Dalam masa yang sama, strategi pengajaran yang bersesuaian perlu dipilih dengan teliti. Guru perlu membuat jangkaan terhadap hasil yang akan didapati daripada strategi yang digunakan.

b. Mengurus arahan
Setelah merancang sesuatu pengajaran, persediaan perlu dilakukan agar masa dan peralatan yang diperlukan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Segala keperluan seperti lokasi juga di ambil kira dalam mengurus perjalanan sesi pengajaran.

c. Menyampai arahan
Semasa menyampaikan arahan, guru perlu memastikan segala isi pengajaran sampai kepada murid. Guru juga perlu menerapkan kemahiran berfikir dalam aktiviti tersebut. Disamping itu, guru perlu sentiasa prihatin dengan keadaan murid ketika itu. Guru mesti memotivasikan murid jika perlu. Latihan yang diberikan kepada murid adalah mengikut objektif yang ingin dicapai agar dapat dibuat penilaian terhadap hasil pengjaaran yang dibuat. Latihan

d. Menilai arahan
Dalam fasa yang terakhir , guru akan membuat penialaian terhadap sesi pengajaran yang dibuat. Refleksi terhadap sesi itu akan menentukan sama ada kaedah yang digunakan adalah sesuai atau tidak. Jika tidak, guru perlu menukar strategi pengajaran yang lebih menepati kelas tersebut. Guru juga perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi oelh murid. Kebiasaannya, guru dapat mengesan masalah ini melalui sesi pengajaran dan juga daripada latihan yang dibuat. Perkembangan kemajuan murid perlu direkodkan dan dimaklumkan kepada iubapa dan juga murid tersebut.

Terdapat beberapa prinsip yang diperkenalkan oleh Wang (1989) dalam menentukan strategi yang sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Antaranya adalah:-
Arahan pengajaran bergantung kepada kebolehan murid.
Guru menggunakan kepelbagaian kaedah dan strategi pengajaran sama ada secara individu atau berkumpulan.
Bahan-bahan pengajaran dah prosedurnya adalah bersesuaian dengan kebolehan dan minat murid.
Penilaian yang sistematik dapat dilakukan agar kemajuan dan perolehan murid dapat diukur dan juga dilaporkan kepada murid.

Daripada perbincangan yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa arahan pengajaran adalah amat penting dalam memastikan kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat belajar seiring dengan kanak-kanak normal. Guru perlu prihatin dalam mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dan seterusnya menggunakan strategi dan arahan yang bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut (Ysseldyke & Algozzine,1990).

2 Arahan – arahan khas pengajaran khusus
2.1 Melalui komponen – komponen pemprosesan maklumat.
Terdapat 5 jenis komponen pemprosesan maklumat yang memberi kesan terhadap masalah pembelajaran seseorang kanak-kanak tersebut (Bley & Thorton, 1995 ; Mercer & Mercer, 1998). Seseorang kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran boleh menghadapi satu atau lebih daripada satu masalah pembelajaran yang melibatkan komponen-kompoenen pemprosesan maklumat.

2.1.1 Visual
Garnett (1993) mendefinisi visual sebagai pemprosesan maklumat melalui pengamatan deria mata. Masalah visual adalah berkaitan dengan mata atau penglihatan iaitu pelajar tidak dapat mengadaptasikan gambaran atau memproses maklumat melalui penggunaan deria mata. Sehubungan dengan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini, maka sebagai guru yang bertanggungjawab adalah perlu untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengatasi masalah tersebut.

Terdapat banyak jenis-jenis yang melibatkan masalah yang berlaku dalam proses yang melibatkan visual. Di antaranya ialah kanak-kanak ini sukar untuk memahami pernyataan dalam lampiran kerja atau teks bacaan yang diberi. Ini adalah disebabkan mereka tidak dapat mentafsir objek atau bentuk yang dirujuk dari satu fokus yang lain secara tepat. Mereka ini juga sering terkeliru dengan maklumat-maklumat yang dipaparkan di hadapan kelas dan sebagainya. Apa yang didapati maklumat yang ingin disampaikan oleh guru telah diterima tanpa jelas apa yang yang patut diterima sebenarnya.

Permasalahan ini juga akan menyebabkan seseorang kanak-kanak itu mudah terkeliru dengan kiraan nombor secara terbalik. Perkara ini dapat diperhatikan dengan jelas apabila melibatkan kanak-kanak yang sememangnya tidak dapat membuat kiraan terbalik seperti yang dipelajari walaupun melibatkan nombor-nombor yang kecil. Seterusnya masalah yang berkaitan juga adalah seperti kanak-kanak ini tidak dapat menjalankan atau melakukan operasi matematik yang melibatkan penyusunan dalam penyelesaian bentuk lazim iaitu di mana mereka sering meletakkan nombor atau digit ke kedudukan nilai tempat yang salah. Ini adalah berkaitan dengan masalah penglihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak terbabit (Bley & Thornton, 1995).


Terdapat empat jenis permasalahan berkaitan visual

1. Persepsi Ruang
Permasalahan persepsi ruang terjadi apabila seseorang individu itu tidak dapat untuk menterjemahkan objek di dalam sesuatu ruang dengan merujuk objek yang lain secara tepat. Justeru itu dia tidak dapat menyelesaikan masalah berkaitan pengumpulan semula bagi operasi asas matematik. Individu ini juga tidak dapat menganggar perbezaan saiz atau bentuk dan seterusnya tidak mampu menulis di atas garisan dengan tegak disebabkan masalah yang dihadapi ini.

2. Pembalikkan
Guru yang mengajar akan dapat melihat dengan jelas masalah pembalikkan semasa pembelajaran berlangsung iaitu kanka-kanak bermasalah pembelajaran ini tidak dapat untuk mengira atau menyusun nombor secara terbalik seperti 10, 9, 8, 7, 6...... Ini adalah disebabkan kanak-kanak ini mempunyai masalah berkaitan mata yang tidak dapat menangkap pergerakan yang berlawanan arah seperti kiraan di atas.

3. Pengenalpastian Dasar
Masalah pengenalpastian dasar berlaku apabila kanak-kanak tidak dapat membezakan mana yang sepatutnya difokuskan dan yang mana menjadi pengganggu. Antaranya ialah sukar untuk menggunakan kalkulator yang memiliki banyak simbol dan menyalin simbol matematik yang salah.

4. Diskriminasi Visual
Permasalahan diskriminasi visual merujuk kepada masalah tidak dapat membezakan sama ada persamaan atau perbezaan sesuatu objek. Ini termasuklah dari segi simbol, warna, bentuk, pola, saiz dan juga posisi sesuatu objek. Contoh yang jelas seperti yang diketahui iaitu bentuk nombor 6 yang disalah anggap sebagi nombor 9. Ini adalah disebabkan oleh penerimaan gambaran yang tidak jelas dalam menerima sesuatu maklumat melalui visual.

Strategi arahan dalam menyelesaikan masalah visual
Terdapat banyak kaedah bagi menyelesaikan masalah berkaitan masalah visual. Di antaranya ialah :
Bahan pengajaran yang akan ditunjukkan hendaklah besar, ringkas serta menarik supaya pelajar yang bermasalah ini boleh melihatnya dengan jelas.
Gunakan warna untuk menunjukkan perkara yang penting seperti untuk menunjukkan perbezaan huruf atau nombor-nombor maka warna-warna yang berbeza harus digunakan.
Bagi pembelajaran konsep seperti matematik, maka benda-benda maujud hendaklah digunakan.
Memudahkan soalan ujian atau lembaran kerja tanpa perlu meletakkan penggangu dalam setiap soalan.
Memastikan pelajar yang bermasalah visual ini duduk depan berhampiran papan hitam.
Guru tidak perlu menyuruh pelajar bermasalah visual ini untuk menyalin. Justeru guru harus menyediakan siap sedia nota atau soalan yang ingin diberikan.
Pelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua deria.
Memberikan masa tambahan dalam sesuatu ujian kepada pelajar bermasalah visual ini.
Pastikan soalan yang diberikan kepada pelajar-pelajar ini tidak mengelirukan seperti di bawah ini
3 + 5 = ___
Sepatutnya...
(1) 3 + 5 = ___

Didapati murid keliru dengan nombor 1. Oleh yang demikian nombor 1 itu perlu dibuat kurungan bagi memisahkan dengan soalan yang sepatutnya.

2.1.2 Auditori
Auditori didefinisikan sebagai keupayaan untuk menganalisa, menterjemah dan memproses maklumat yang diperolehi dari penggunaan telinga(Smith, 1994). Pendengaran merupakan deria yang penting dalam pembelajaran. Permasalahan akan timbul jika alat pendengaran tidak dapat digunakan sebaiknya disebabkan oleh masalah-masalah yang menghalang pembelajaran. Terdapat dua permasalahan yang akan timbul disebabkan masalah auditori ini iaitu :

Permasalahan 1:
Didapati pelajar-pelajar tidak dapat menyaring bunyi luar dalam usaha untuk memberikan tumpuan kepada sesuatu seperti guru yang sedang mengajar. Dalam hal ini pelajar yang mempunyai masalah ini tidak dapat menangkap sepenuhnya apa yang diajar oleh guru dan juga arahan-arahan yang diberikan. Ini akan menimbulkan kehilangan fokus terhadap pembelajaran yang sedang berjalan. Pelajar akan rasa terganggu oleh bunyi luar yang tidak diperlukan selain dari suara guru yang mengajar. Justeru itu adalah perlu kita sebagai guru untuk mencari strategi arahan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini.

Strategi untuk mengatasinya:
Sebagai guru kita perlu peka dengan permasalahan yang timbul. Oleh itu salah satu cara ialah dengan menggunakan arahan lisan yang jelas dan kuat. Sebutan guru hendaklah terang dan lantang dengan kadar yang berpatutan supaya pelajar-pelajar boleh mendengarnya dengan jelas. Kita juga boleh menggunakan bilik darjah yang tidak begitu terdedah dengan bunyi dari luar. Satu cara lagi ialah hanya sebutan bunyi yang ingin dipelajari sahaja diajarkan. Sebutan bunyi yang lain tidak harus dicampurkan untuk mengelakkan gangguan pendengan pelajar-pelajar.

Permasalahan 2 :
Masalah berkaitan dengan pendengaran mengenai sebutan nombor yang berbeza seperti nombor ’sixty’ dengan ’sixteen’. Pelajar-pelajar yang bermasalah ini tidak dapat membezakan bunyi sebutan yang betul dan menyebabkan mereka tersilap. Ini berlaku disebabkan pelajar-pelajar ini tidak berupaya untuk mengasingkan beberapa bunyi serentak.

Strategi untuk mengatasinya :
Strategi arahan yang sesuai adalah menggunakan kad imbasan. Penggunaan gambarajah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menerangkan konsep matematik juga merupakan cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Guru juga perlu memainkan peranan penting dengan mengunakan pelbagai ton suara dan berusaha untuk meminimakan gangguan supaya pembelajaran tidak terganggu dan pelajar bermasalah ini dapat belajara dengan sewajarnya.

2.1.3 Memori
Keupayaan memori pelajar untuk menyimpan maklumat yang mereka terima amat penting supaya mereka dapat menggunakan maklumat itu semula apabila mereka berada di dalam situasi yang maklumat tersebut diperlukan. Memori didefinisikan sebagai keupayaan mengingati memori jangkan panjang dan dapat mengaplikasikannya dalam keadaan yang berbeza (Bob & Vaughn,1994). Antara masalah yang boleh dilihat dengan jelas oleh guru terhadap p[elajar yang menghadapi masalah inini adalah seperti berikut :-
a) Guru akan mendapati pelajar mereka faham mengenai maklumat yang mereka terima semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikannya jika sesuatu tugasan diberikan kepada mereka. Sebagai contoh pelajar memahami konsep tambah iaitu menggabungkan jumlah dua kumpulan benda, tetapi apabila diminta selesaikan masalah penambahan yang melibatkan nombor mereka tidak dapat aplikasikan pengetahuan yang mereka pernah pelajari bagi menyelesaikan masalah tersebut.

b) Guru akan mendapati pelajar yang mempunyai masalah memori mempunyai masalah untuk mengingati ingatan jangka pendek. Apabila sesuatu maklumat itu diperlukan mereka mempunyai masalah untuk mengingat semula. Contohnya pelajar tidak dapat mengingat konsep atau rumus yang baru diajar untuk digunakan bagi menyelesaiakan masalah metematik yang diberi.

c) Pelajar juga menghadapi masalah untuk mengingati ingatan jangka panjang. Sebagai contoh pelajar lupa langkah-langkah algoritma dalam masalah matematik yang melibatkan penyelesaian masalah harian.

Arahan yang digunakan untuk pelajar yang mempunyai masalah memori.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pelajar akan dididik tentang konsep matematik. Selain daripada perlu memahami konsep tersebut pelajar juga dikehendaki mengingat konsep tersebut untuk diaplikasikan semasa menyelesaikan sesuatu masalah matematik yang berkaitan. Untuk memastikan sesuatu konsep matematik itu dapat kekal lama di dalam ingatan pelajar dan pelajar dapat mengingat semula dengan mudah apabila diperlukan guru hendaklah menggunakan arahan yang bersesuaian antaranya seperti berikut :-

a) Guru hendaklah selalu mendapatkan perhatian penuh daripada pelajar. Perhatian daripada pelajar penting supaya mereka dapat mengingati sesuatu konsep itu untuk jangka pendek dan panjang. Guru boleh mendapatkan perhatian penuh daripada pelajar dengan selalu bertanya atau berbincang dengan pelajar tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
b) Guru juga boleh mengaitkan keperluan pembelajaran dengan situasi sebenar. Sebagai contoh ketika mengajar pelajar tentang penambahan dan penolakan dalam tajuk wang, ianya boleh dikaitkan dengan baki wang saku mereka ketika mereka membeli makanan di kantin.
c) Guru juga boleh menggunakan pelbagai ‘cues’ untuk menarik perhatian pelajar seperti memanggil nama pelajar, bertanyakan soalan atau bergerak keliling kelas.
d) Guru juga boleh meransang minda pelajar dengan menggunakan intipati emosi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti bercerita, main peranan dan melukis.
e) Guru boleh memberikan penekanan kepada pelajar satu pembelajaran yang bermakna di mana pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan yang mereka pelajari dalam kehidupan seharian.
f) Untuk ingatan jangka pendek, guru boleh melatih pelajar untuk menguatkan ingatan mereka dengan mengaitkan maklumat tersebut dengan objek yang mudah untuk diingat. Latihan ini sentiasa diulang supaya ingatan pelajar dapat diperkukuhkan.
g) Bagi ingatan jangka panjang guru perlu melatih pelajar beberapa kerap yang boleh dan bergantung dengan jenis maklumat yang hendak diberikan.
h) Guru juga boleh menggunakan kaedah meransang ingatan dengan menggunakan peta konsep, peta minda,kemahiran manipulative dan mnemonics.
i) Guru juga boleh menggunakan teknik penggunaan kata kunci bagi membantu pelajar mereka mengekalkan ingatan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari. Teknik penggunaan kata kunci ialah dengan menggantikan perkataan yang hendak diingati dengan perkataan lain yang mempunyai persamaan bunyi sebutan dengannya tetapi bermakna.
2.1.4 Motor
Apabila kita menyebut mengenai motor, ia mempunyai hubungkait dengan anggota tubuh badan manusia. Yang dimaksudkan motor di sini adalah pergerakan anggota badan dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Dalam konteks masalah motor di kalangan pelajar berkeperluan khas, ianya melibatkan cara pelajar tersebut menggunakan anggota badannya bagi menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Dalam pembelajaran, motor didefinisikan sebagai keupayaan seseorang pelajar itu mengguna dan mengkoordinasikan otot-otot badannya untuk melakukan sesuatu pergerakan atau keupayaan seseorang pelajar itu menggunakan otot-otot badannya untuk memanipulasiakan objek ( Smith,1994).
Antara beberapa masalah yang boleh dilihat dengan jelas dikalangan pelajar berkeperluan khas yang mempunyai masalah motor adalah seperti berikut :
a) Ketika pelajar tersebut menulis huruf atau nombor, biasanya pelajar tersebut akan menulis dengan lambat. Perkara ini berlaku kerana pelajar tersebut memerlukan masa yang lama untuk menulis dari satu huruf ke satu huruf yang lain. Pelajar itu pula tidak dapat menulis huruf atau nombor yang dikehendaki dengan betul dan tepat. Keadaan ini menyebabkan tulisan pelajar tersebut sukar dibaca.
b) Biasanya pelajar yang mengalami masalah motor ini suka menulis nombor dalam saiz yang besar. Mereka tidak dapat menulis nombor yang diarahkan dengan tepat ke dalam kotak yang disediakan.
c) Selain daripada menulis huruf dan juga menulis nombor, kita juga dapat melihat kesukaran pelajar tersebut ketika menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran menggunting dan juga menampal.
d) Pelajar juga didapati tidak mampu untuk menyalin ayat-ayat yang panjang dan tidak dapat menyalin ayat yang diberi dengan kemas ( Wood,1998 )
e) Pelajar juga didapati mudah berasa letih apabila selesai menyalin atau menulis sesuatu perkataan yang diberi.
Arahan-arahan yang digunakan untuk mengatasi masalah motor
Guru yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas ini seharusnya peka terhadap kekurangan yang ada pada pelajar mereka. Mereka haruslah mengambil masa untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar mereka supaya satu kaedah yang bersesuaian dapat digunakan. Untuk mengajar kanak-kanak yang mempunyai masalah motor ini guru perlu menggunakan arahan-arahan yang bersesuaian supaya masalah kanak-kanak tersebut dapat diatasi. Antara arahan-arahan yang dicadangkan adalah seperti berikut :-
a) Semasa sesi pembelajaran dijalankan guru hendaklah membuat penilaian terhadap pelajar mereka secara lisan. Kaedah ini dirasakan lebih berkesan kerana pelajar tersebut dapat menunjukkan kefahaman mereka terhadap sesuatu konsep matematik yang mereka pelajari dengan lebih jelas tanpa melibatkan aktiviti menulis yang memberi kesukaran kepada mereka sendiri.
b) Guru juga boleh menggunakan bantuan orang kedua iaitu rakan sebaya kepada pelajar itu sendiri untuk mentaksirkan atau mempertejemahkan idea pelajar tersebut. Cara ini dirasakan lebih berkesan kerana pada kebiasaannya rakan sebaya amat memahami apa yang dimaksudkan oleh rakan sebaya mereka.
c) Guru mengetahui bahawa pelajar yang mengali masalah motor ini sukar untuk menulis dengan kemas dan tepat di samping mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan di dalam masa yang ditetapkan. Justeru itu guru haruslah menyediakan bahan-bahan fotokopi atau pun lembaran-lembaran kerja yang ringkas dan pelajar tidak perlu menyalin dalam ayat yang panjang.
d) Guru juga boleh menggunakan bantuan rakan sebaya untuk menyalin nota untuk rakan mereka dan mereka juga boleh membantu untuk aktiviti yang melibatkan menggunting dan menampal.
Guru hendaklah mengurangkan tugasan yang melibatkan aktiviti menulis. Ini adalah untuk mengurangkan beban pelajar yang mempunyai masalah motor disamping dapat memberi peluang kepada pelajar tersebut menunjukkan kefahaman mereka dengan cara yang lebih sesuai dan mudah.

2.1.5 Tumpuan

Zental dan Ferkis (1993) mendefinisikan tumpuan adalah keupayaan menumpu, kawalan impuls dan hiperaktif. Ini adalah bagaimana murid dapat memberi tumpuan ataupun fokus terhadap sesuatu pembelajaran ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seperti kita lihat persekitaran di bilik darjah, sekiranya terdapat gangguan dari kawan yang bermain, murid lain juga ingin turut serta bermain. Begitu juga dengan murid hiperaktif yang tidak boleh duduk diam, di mana menganggu murid untuk memberi fokus terhadap pembelajaran. Kawalan impuls adalah bagaimana murid memberi tumpuan yang melibatkan deria seperti pendengaran dan penglihatan. Gangguan daripada situasi ini memberi kesan terhapad tumpuan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Guru yang mengajar dalam kelas adalah orang yang paling sesuai membuat pemerhatian ke atas murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Melalui pemerhatian, guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid (Mok Soon Sang, 1998). Bagi guru yang mempunyai pendedahan dan prihatin terhadap murid-muridnya, murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran kemahiran membaca, menulis dan kemahiran mengira dapat dikesan oleh guru-guru. Murid-murid yang mempunyai masalah dalam penguasaan kemahiran mengira boleh diperhatikan daripada tanda-tanda berikut:
i) Tidak menunjukkan minat dalam membuat kerja rumah. Kerja tulisannya pun tidak kemas.
ii) Mengambil masa terlalu lama menjawab soalan matematik, sama ada secara lisan atau bertulis.
iii) Tidak boleh menjawab soalan congak secara spontan.
iv) Meniru kerja bertulis daripada rakan sedarjah.

Di samping membuat pemerhatian ke atas masalah pembelajaran dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira, guru juga hendaklah memerhati sama ada murid-murid menghadapi masalah-masalah peribadi, fizikal, mental atau psikologi. Di antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan oleh guru ialah selalu bergerak dan tidak boleh duduk diam, selalu membuat bising dalam kelas dan tidak dapat mematuhi arahan guru dengan betul. Guru yang cemerlang akan sentiasa memikirkan pelbagai kaedah supaya pengajaran menjadi menarik dan berkesan.
Sekiranya seseorang pelajar tidak dapat belajar dengan cara anda mengajar, maka anda mesti mengajarnya dengan cara dia belajar (Harry Chasty).
Guru seharusnya melaksanakan proses pengajaran melalui pelbagai pendekatan, teknik, strategi dan kaedah. Ini menunjukkan guru perlu sentiasa mengubah cara pengajaran sesuai dengan peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa ”berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” itulah yang menjadi tonggak penting dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Pegangan inilah yang dijadikan elemen penting dalam pengajaran supaya lebih efektif.

Jenis-jenis Permasalahan Tumpuan
i) Tidak suka dengan tugasan yang melibatkan tempoh yang lama dan tidak dapat diselesaikan. Dalam matematik soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang memerlukan masa untuk memahami dan barulah penyelesaian boleh dilaksanakan. Apa yang menjadi masalah di sini murid tidak faham istilah matematik seperti beza, banding dan berapa yang tinggal, di mana kesemua istilah tersebut menggunakan konsep yang sama iaitu melibatkan operasi tolak. Bagi mengatasi masalah ini, guru bolehlah menggunakan aktiviti kumpulan yang melibatkan semua murid memainkan peranan masing-masing. Melalui pengajaran kumpulan menbuat murid belajar dan mengajar. Murid akan bekerja bersama-sama dalam kumpulan kecil di atas tugasanbagi membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama dan memiliki kemahiran sosial (Noor Shah Saad, 2001).
ii) Tidak mendengar arahan yang disampaikan oleh guru. Mengatasi masalah ini, guru perlulah menggunakan intonasi yang berbeza bertujuan menarik perhatian murid. Guru sedia maklum bahawa waktu tengahari murid berasa mengantuk, sekali sekala guru perlulah menggunakan suara yang kuat atau memanggil nama pelajar supaya murid ini berasa dihargai.

Tidak dapat mengkordinasikan kerja. Mengatasi masalah ini, guru perlulah menggunakan Pembelajaran Masri. Pembelajaran Masri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif pelajaran. Tujuan Pembelajaran Masri ialah mengajar sesuatu kemahiran dan memastikan penguasaan kemahiran tersebut barulah guru boleh mengajar kemahiran seterusnya. Pembelajaran Masri juga membantu guru untuk mendapatkan maklum balas terhadap pembelajaran dan membuat pengubahsuaian untuk meningkatkan keberkesanannya.

2.2 Strategi dari segi kelemahan bahasa
Matematik mempunyai bahasa dan simbolnya yang tersendiri. Ini sudah tentu menyukarkan murid-murid istimewa yang memang sedia mengalami masalah dengan bahasa. Keadaan ini menjadi lebih sukar apabila terdapat pelbagai istilah untuk satu konsep yang sama (Henderman). Sudah menjadi kebiasaan, murid diajar terus ke peringkat simbolik tanpa memberi mereka peluang memahami dan menguasai apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh sesuatu nombor atau simbol. Kajian menunjukkan 40% kanak-kanak disleksia juga mengalami masalah dengan matematik. Kadangkala masalah ini timbul kerana cara kita ajar (Sheila Devaraj & Samsilah Roslan).
Antara strategi bahasa ini adalah seperti berikut:

i) Kesukaran mengekspresi
Murid tidak dapat menyelesaikan tugasan melibatkan lisan dan penerangan berkaitan konsep pengajaran. Bagi mengatasi masalah ini, guru haruslah membenarkan murid membuat penerangan menggunakan penyampaian manipulatif. Contoh:


Konkrit: Perkara sebenar yang ada disekeliling.
Pictorial: + =
Simbolik: 3 + 2 = 5

Apabila murid-murid sudah menguasai yang dua mewakili dua benda, maka simbol 2 dapat diperkenalkan. Seterusnya, konsep dalam matematik perlu dibina. Aktivi ini juga boleh dilakukan secara kumpulan untuk menggalakkan murid berkomunikasi dalam kumpulan atau secara berpasangan.


ii) Kesukaran penerimaan atau pemahaman.
Didapati guru ajar lain murid faham lain. Fenomena ini berlaku disebabkan murid tidak dapat membaca dan memahami maksud masalah. Guru harus menerangkan istilah matematik dengan cara yang mudah dan ringkas. Contoh soalan :

8 bahagi 2 = 4 dan bukan 2 bahagi 8 sama dengan empat


Cara mengatasi masalah tersebut ialah dengan menyediakan 8 biji batu kepada setiap murid. Bimbing murid membaca masalah tersebut beberapa kali dan bincangkan maksud perkataan ’bahagikan’ dan ’setiap’. Bimbing melakukan situasi atau keadaan tersebut iaitu 8 biji batu diberikan kepada 2 orang murid supaya setiap orang mendapat bilangan batu yang sama iaitu 4 biji batu. Situasi ini boleh dilakukan untuk soalan lain seperti 8 bahagi 4.2.3 Kognitif dan Metakognitif

Kognitif didefinisikan sebagai pemahaman dan keupayaan berfikir atau memahami apa yang dilihat dan didengar serta bentuk maklumat dari aspek gerak tubuh dan sosial. Metakognitif pula menekankan kesedaran dalaman untuk memilih pendekatan menyelesaikan perkara yang difahami. Ia boleh dikatakan sebagai ”berfikir apa yang difikirkan’. (Algozzine & Ysseldyke , 2006)

Pada tahap kognitif, kanak-kanak bermasalah pembelajaran akan menghadapi kesulitan untuk memahami masalah yang diberikan. Mereka menghadapi masalah memilih strategi atau kaedah penyelesaian yang betul dan tepat (Brownwell, Mellard & Deshler, 1993). Pengkaji telah menyenaraikan enam kesulitan yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak ini.
Menilai keupayaan sendiri dalam menyelesaikan masalah.
Mengenalpasti dan memilih strartegi yang sesuai.
Menyusun maklumat.
Memahami proses menyelesaikan masalah.
Menilai ketepatan masalah.
Mengeneralisasikan strategi kepada situasi yang baru.

Montague, Bos dan Doucette (1991) telah memperkenalkan dua strategi dalam membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran matematik khususnya melibatkan pemikiran kognitif.

1. Strategi ”Think Aloud”
Strategi ini penting kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah memahami konteks sesuatu masalah disamping memilih strategi penyelesaian yang tepat. Think Aloud bermula dengan kanak-kanak tersebut membaca soalan dengan kuat dengan bantuan guru sebagai pembimbing. Guru hanya bertindak menyoal apabila perlu sahaja. Kanak-kanak tersebut akan menerangkan apa yang difahami tentang masalah tersebut. Jika dia mempunyai masalah, guru akan membimbing tapi bukannya memberikan jawapan. Murid akan menerangkan pemahaman mereka secara lisan dan juga menunjukkan jalan kerja secara penulisan. Kaedah Think Aloud membantu guru melihat corak penyelesaian yang dibuat oleh kanak-kanak tersebut.


2. Strategi pengajaran metakognitif

Kanak-kanak yang bermasalah dengan kesulitan metakognitif akan lebih peka melalui beberapa latihan yang dicadangakan oleh Brownwel(1993). Kanak-kanak ini boleh diajar mengenalpasti dan memilih strategi yang sesuai. Guru perlu membuka minda kanak-kanak itu agar cuba mengingati masalah-masalah penyelesaian yang pernah dia selesaikan sebelum ini yang ada persamaan.

Penyusunan maklumat yang betul dapat membantu murid-murid memahami soalan dengan baik. Antaranya adalah melalui lukisan graf atau jadual yang mewakili data. Penggeneralisian strategi kepada situasi yang bersuaian juga membantu dalam menyelesaikan masalah. Guru perlu membantu murid menyenaraikan strategi-strategi yang ada bagi menyelesaikan masalah yang ada persamaan kaedah penyelesaiannya.

Selain itu, beberapa kaedah mnemonic dapat membantu dalam membuat satu model penyelesaian. Antaranya adalah mnemonic DRAW yang diperkenalkan oleh Mercer, Jordan dan Miller (1996). Kaedah ini amat berguna dalam penyelesaian matematiik melibatkan tugasan pengiraan.
Discover the sign.
Read the problem.
Answer or draw a conceptual representation of the problem using lines and
tallies, and check.
Write the answer and check.

Satu lagi adalah mnemonic STAR (Maccini & Hughes, 2000) yang membantu dalam penyelesaian masalah yang umum secara efektif.

Search the word problem.
Translate the words into an equation in picture form.
Answer the problem.
Review the solution.
3 Kesimpulan

Pada awalnya, mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran boleh mendatangkan rasa kekecewaan. Mengajar mereka dilihat sebagai sesuatu yang mustahil. Setelah guru atau pengajar belajar memahami keperluan kanak-kanak ini, segalanya menjadi mudah. Terdapat pelbagai strategi dan arahan-arahan dalam menangani permasalahan ini. Perbincangan yang telah dibuat di dalam tajuk ini dapat membuka minda dan menawarkan kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran khusus untuk kanak-kanak ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rujukan

Sliva, J.A. (2004). Teaching Inclusive Mathematics to Special Learners, K-6. Corwin
Press Inc.

Algozzine, B. & Ysseldyke, J. (2006). Effective Instruction For Students With Special
Needs. Corwin Press Inc.

Polloway, E.A. & Patton, J.R. (1997). Strategies for Teaching Learners with Special
Needs : Sixth Edition. Prentice Hall Inc.

Mash, E.J. & Wolfe, D.A. (2005). Abnormal Chold Psychology : 3rd Edition. Thomsom
Wadsworth.

Kostelnik,M.J, Whiren, A.P, Soderman, A.K. & Gregory, K. (2002). Guiding Children’s
Social Development, Theory to Practice : Fourth Edition. Thomsom Learning
Inc.

Muhammad Daud Hamzah (1996). Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran
Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan.

Noraini Ahmad. (1993) Mengekalkan Daya Ingatan. Berita Publishing Sdn.Bhd.Kuala
Lumpur.

Mok Soon Sang. (1996).Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.Kuala Lumpur

Mathematics Games

Rancangan Mengajar Beserta BBM