Selamat Datang Ke riduan2009.blogspot.com Pendidikan: March 2010

Pendidikan

Matematik Untuk Kanak-kanak Istimewa. (TMP 6093)

Powered By Blogger

Anak Istimewa Sebagai Realiti



Anak Istimewa Sebagai Realiti.

Sebaik-baiknya anda menerima hakikat hidup ini telah disediakan untuk anda. Anda tidak perlu membandingkan hidup ini dengan orang lain. Setiap keluarga mempunyai masalah yang berbeza. Setiap manusia di atas dunia ini diberikan ujian oleh Tuhan. Setengah keluarga yamg mempunyai anak yang bijak, akhirnya terjebak dengan dadah manakala keluarga yang mempunyai anak berpangkat besar tetapi akhirnya tidak mempedulikan ibubapa dan menghantarnya ke rumah orang-orang tua. Tiada sesiapa di dunia ini sempurna. Setiap manusia mempunyai wajah yang berlainan. Dunia ini menjadi dunia yang menjemukan sekiranya semua manusia dilahirkan sama. Dunia tidak akan menarik sekiranya dipenuhi dengan hanya satu warna.Bagi murid yang berdepan dengan masalah bahasa dikenali sebagai disleksia manakala murid yang bermasalah dalam matematik dipanggil diskalkulia. Mengatasi masalah ini ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling memainkan peranan penting supaya mereka merasa dihargai dan dapat meneruskan hidup seperti orang biasa. Di dalam usaha guru menbantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, kaedah pendidikan pemulihan, bahan pengajaran, strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi haruslah digunakan.

Kanak-kanak lembam



Pelajar yang tidak boleh mengikuti pelajaran dikelas, terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah dan pelajar ini selalunya selalu ketinggalan dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Pelajar ini adalah mereka yang mempunyai masalah neurological hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain. Justeru, mereka tidak mempunyaimkebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuat kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Pelajar ini dapat dikesan melalui dua petunjuk iaitu walaupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap perkembangan menyerupai kanak-kanak yang lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya permulaaan belajar abjad, membilang dan menulis namanya sendiri. Pelajar ini gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vakasioanal.Contohnya kemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding pembacaan biasa. Maksudnya, pelajar kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik berbanding pengiraaan matematik.

Ciri-ciri Kanak-kanak Lembam

 Pencapaian pelajaran dan akademik berbeza dengan pelajar lain
 Pelajar seorang yang pendiam, tidak aktif dan tidak banyak bercakap dengan kawan sekelas.
 Pelajar ini sukar menerima arahan yang diberikan oleh guru sama ada tugasan individu atau kumpulan.
 Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa.
 Tulisan yang sukar dibaca .
 Huruf atau nombor terbalik. Contoh nombor 5 akan di tulis terbalik

Punca:
-Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir
- Ubat semasa mengandung
- Kemalangan
- Sosio - ekonomi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

- Temubual
- Merujuk kepada pegawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai& menyeronokkan
- Senang ke susah
- Konkrit ke abstrak
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera
- Banyakan pengukuhan dan latihtubi
- Jauhkan dendaan yang negatif

PELAJAR ISTIMEWA


Setiap kanak-kanak yang lahir mewarisi kecerdasan yang membolehkannya belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kecerdasan yang diwarisi ini beserta dengan pancaindera yang sempurna, dapat meneroka alam sekitar dengan lebih baik. Guru memainkan peranan penting untuk merancang, mengawal, mengelola dan mengarah. Semua kanak-kanak adalah istimewa. Namun, anak istimewa ini adalah lebih unik daripada kanak-kanak lain kerana mereka memerlukan pendekatan yang spesifik. Kehadiran kanak-kanak istimewa ini memerlukan kekuatan dan ketabahan untuk menerima kehadirannya, menyayangi dan mendidiknya. Sebagai ibubapa anak istimewa, anda berbeza dengan ibu bapa lain kerana anda lebih kuat, lebih sabar dan lebih baik dalam menyayangi anak-anak istimewa anugerah tuhan. Bukan semua manusia berani dan cekal hati untuk menghadapi karenah anak istimewa. Inspirasi dan semangat membantu anda menjadi manusia yang lebih kuat. Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan simpati lebih daripada arahan.

Memiliki anak istimewa mewujudkan satu dimensi yang tidak dirancang oleh kita. Reaksi pertama adalah cara anda menerima hakikat itu.
“Ini tidak patut berlaku pada diri kami, anak kami dan keluarga kami.”
Itulah yang sering diucapkan kerana gagal menerima kenyataan. Bagi memuaskan hati ibubapa, tindakan berjumpa pakar berkaitan dan mengesahkannya dan maklumat yang diberikan seolah-olah sebagai hukuman. Perasaan takut sering bermain di fikiran. Manusia sering takut pada sesuatu yang sudah jelas. Kanak-kanak istimewa ialah kanak-kanak luar biasa dari segi intelek, jasmani, social atau emosi. Malahan satu program pendidikan dirancangkan khas untuk kanak-kanak ini supaya mereka boleh bersaing dan berjaya seperti kanak-kanak lain. (Chua Tee tee). Kanak-kanak istimewa yang difokuskan dalam kursus ini adalah terdiri daripada kanak-kanak pemulihan khas. Sihat dari segi fizikal dan dikategorikan seperti kanak-kanak lembam, hiperaktif, disleksia dan diskalkulia. Mengatasi masalah ini, program pendidikan khas telah diperkenalkan seperti pendidikan inklusif, rancangan pendidikan individu dan program pendidikan pemulihan.
Sekiranya seseorang pelajar tidak dapat belajar dengan cara anda mengajar,maka anda mengajar dengan cara dia belajar. (Harry Chasty)

dyslexia software