Selamat Datang Ke riduan2009.blogspot.com Pendidikan: January 2010

Pendidikan

Matematik Untuk Kanak-kanak Istimewa. (TMP 6093)

Powered By Blogger

Hiperaktif


Hiperaktif
http://www.scribd.com/doc/21251028/Membimbing-Anak-Hiperaktif


Ulasan Hiperaktif

Hiperaktif adalah suatu pola perilaku pada seseorang yang menunjukkan sikap yang tidak boleh duduk diam dan memberi perhatian. Guru yang mengajar kanak-kanak harus mempunyai jiwa yang sabar, tidak mudah mengalah, dan sentiasa ceria bersama kanak-kanak ini. Guru haruslah selalu berinteraksi dengan pelajar ini supaya mereka ini dihargai dan disayangi. Pengaruh lingkungan bagi anak hiperaktif ini kurang disukai oleh lingkungan khususnya bagi teman-teman sebayanya. Ini adalah disebabkan di dalam diri anak itu ada jiwa ingin menguasai atau menjadi pemimpin di antara teman-temannya yang lain.

Anak hiperaktif dituntut untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan pergaulan. Perhatian diperlukan khususnya dari ibubapa mahupun guru kelas sendiri untuk mengatasinya. Dunia kehidupan anak itu penuh dengan sukacita, maka kegiatan bercerita haruslah diusahakan supaya dapat memberi perasaan gembira, lucu dan mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu guru supaya murid dapat menyesuaikan diri bersama keluarga, kawan-kawan, guru dan juga masyarakat. Faktor-faktor yang menyebabkan anak menjadi hiperaktif adalah pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan. Pandangan yang diutarakan oleh ahli sosiologi, psikologi berpendapat bahawa kanak-kanak hiperaktif perlu bimbingan atau sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Ibu bapa harus sabar menghadapi dugaan ini dalam membimbing anak, walaupun pekerjaan ini harus dilakukan berulang-ulang.

Autisme


http://eemshopcare.tripod.com/autisme.html



Ulasan Autisme

Autisme ialah satu gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi dan tingkah laku yang luar biasa. Ia juga satu kekurangan seumur hidup yang mana komunikasi penghidapnya terbantut dan mereka tidak dapat berhubung secara langsung. Individu Autisme boleh mendengar dan melihat tetapi mereka seolah-olah hidup di dalam dunia mereka sendiri. Diantara simptom-simpton yang boleh kita lihat ialah tingkah laku aktif, tidak menerima pelajaran seperti biasa, tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal dan lain-lain.

Menurut kajian, kadar kejadian autisme adalah 5 : 10,000 orang dan lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki berbanding dengan perempuan sebanyak 4 kali ganda. Penyakit ini wujud di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, kaum, taraf sosial serta ekonomi. Agak menarik kerana individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas dan tahapnya tidak sama seperti masalah rencatan mental yang lain. Kira-kira 1/3 daripada mereka mempunyai kemahiran yang tertentu. Walaupun menghadapi masalah bertutur, ada di kalangan mereka mempunyai kemahiran yang menakjubkan dalam bidang mengira, melukis, muzik dan menyelesaikan jigsaw puzzle dengan pantas.


Diskalkulia




http://chiangway.blogspot.com/2008/10/penilaian-dan-ringkasan-jurnal.html




Ulasan Artikel Diskalkulia

Menurut kajian populasi di Amerika Syarikat, Jerman, India dan Israel, kadar berlaku diskalkulia adalah pada lingkungan 5-6% bagi kanak-kanak dalam alam persekolahan. Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran dalam mengenal nombor dan symbol-symbol dalam matematik, membezakan nilai nombor yang besar dan kecil, m engira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun, membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair mengira wang atau melihat masa, membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang dan menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik serta lemah dalam pengiraan spontan.

Punca-punca berlakunya diskalkulia termasuklah wujud sejak lahir, pendedahan awal matematik yang terdesak dan kecerdasan pada sesuatu bahagian otak yang spesifik. Bagi membantu murid-murid ini guru perlu menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan teknik.



Disleksia



http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%20

Ulasan Jurnal Disleksia


Kajian ini bertujuan mengenalpasti peratusan sampel yang berisiko mempunyai simpton disleksia. Peratusan berdasarkan gender dan proses melalui kaedah Terjemahan Brislin dan membentuk set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD). Set ujian melibatkan menguji ingatan memori, pengetahuan, kemahiran motor, deria persepsi, dan keseimbangan tubuh. Melibatkan 40 orang sampel, dua buah pra sekolah yang berlainan di Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan 27.5%(11 orang) menunjukkan simpton berisiko disleksia. Hanya 15% (6 orang) menunjukkan sangat berisiko mempunyai simpton disleksia. Bilangan kanak-kanak lelaki lebih ramai berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan keperluan pengesanan simpton disleksia di peringkat prasekolah. Pendedahan kepada para guru dalam perancang cara menangani kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak ini hendaklah dilaksanakan dengan segera.

Dyspraxia

http://en.wikipedia.org/wiki/Dyspraxia

Ulasan

Yayasan Dyspraxia mendefinisikan pembentukan dyspraxia sebagai minda atau badan seseorang telah rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik. Dyspraxia juga mempengaruhi perancangan tentang apa hendak dibuat dan bagaimana untuk melaksana. Dyspraxia adalah berkaitan dengan masalah persepsi, bahasa, dan pemikiran. Dengan kata lain dyspraxia adalah gangguan neurologikal yang menyebabkan gangguan kepada pergerakan dan kordinasi yang dikenali sebagai "motor learning disabilities".