Selamat Datang Ke riduan2009.blogspot.com Pendidikan: PELAJAR ISTIMEWA

Pendidikan

Matematik Untuk Kanak-kanak Istimewa. (TMP 6093)

Powered By Blogger

PELAJAR ISTIMEWA


Setiap kanak-kanak yang lahir mewarisi kecerdasan yang membolehkannya belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kecerdasan yang diwarisi ini beserta dengan pancaindera yang sempurna, dapat meneroka alam sekitar dengan lebih baik. Guru memainkan peranan penting untuk merancang, mengawal, mengelola dan mengarah. Semua kanak-kanak adalah istimewa. Namun, anak istimewa ini adalah lebih unik daripada kanak-kanak lain kerana mereka memerlukan pendekatan yang spesifik. Kehadiran kanak-kanak istimewa ini memerlukan kekuatan dan ketabahan untuk menerima kehadirannya, menyayangi dan mendidiknya. Sebagai ibubapa anak istimewa, anda berbeza dengan ibu bapa lain kerana anda lebih kuat, lebih sabar dan lebih baik dalam menyayangi anak-anak istimewa anugerah tuhan. Bukan semua manusia berani dan cekal hati untuk menghadapi karenah anak istimewa. Inspirasi dan semangat membantu anda menjadi manusia yang lebih kuat. Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan simpati lebih daripada arahan.

Memiliki anak istimewa mewujudkan satu dimensi yang tidak dirancang oleh kita. Reaksi pertama adalah cara anda menerima hakikat itu.
“Ini tidak patut berlaku pada diri kami, anak kami dan keluarga kami.”
Itulah yang sering diucapkan kerana gagal menerima kenyataan. Bagi memuaskan hati ibubapa, tindakan berjumpa pakar berkaitan dan mengesahkannya dan maklumat yang diberikan seolah-olah sebagai hukuman. Perasaan takut sering bermain di fikiran. Manusia sering takut pada sesuatu yang sudah jelas. Kanak-kanak istimewa ialah kanak-kanak luar biasa dari segi intelek, jasmani, social atau emosi. Malahan satu program pendidikan dirancangkan khas untuk kanak-kanak ini supaya mereka boleh bersaing dan berjaya seperti kanak-kanak lain. (Chua Tee tee). Kanak-kanak istimewa yang difokuskan dalam kursus ini adalah terdiri daripada kanak-kanak pemulihan khas. Sihat dari segi fizikal dan dikategorikan seperti kanak-kanak lembam, hiperaktif, disleksia dan diskalkulia. Mengatasi masalah ini, program pendidikan khas telah diperkenalkan seperti pendidikan inklusif, rancangan pendidikan individu dan program pendidikan pemulihan.
Sekiranya seseorang pelajar tidak dapat belajar dengan cara anda mengajar,maka anda mengajar dengan cara dia belajar. (Harry Chasty)

0 comments:

Post a Comment